Dr Mardiana Kipli
Pakar Obstetriks dan Ginekologi Hospital Umum Sarawak
Pensyarah Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)



Info:
Cara pakai tuala wanita perlu dipilih mengikut jenisnya iaitu kadar serapan, gaya, saiz, bentuk dan  ketebalan. Tiga faktor ini berperanan penting dalam pemilihan tuala wanita.

Perkara penting perlu anda tahu:

1.  Membasuh tangan terlebih dahulu sebelum memakai tuala wanita kerana kotoran semasa membuka seluar dan memegang tuala wanita lama akan dipindah melalui tangan. Cara pakai tuala wanita yang salah akan menyebabkan mudah dijangkiti pada bahagian faraj anda.

2. Anda perlu tahu tarikh luput tuala wanita tersebut. Pastikan anda membeli yang mempunyai tarikh luput kerana tuala wanita yang lama akan mempunyai kualiti yang rendah dan dikhuatiri telah terdedah kepada habuk dan bakteria kerana disimpan terlalu lama.

3. Menggunakan pad yang mempunyai wangi-wangian boleh memberi alahan kepada kulit. Jadi elakkan menggunakan pad terlalu lama kerana boleh mengakibatkan pembiakan bakteria dengan mudah.